fb fb fb fb fb

Raja Kemboja lantik anak Hun Sen sebagai PM baharu

(FOTO AFP)

PHNOM PENH, 7 Ogos - Raja kemboja hari ini bakal melantik Hun Manet sebagai Perdana Menteri baharu selepas pengunduran bapanya, Hun Sen selepas hampir empat dekad berkuasa.

Selepas kemenangan besar pada pilihan raya Julai lalu, Hun Sen mengumumkan, dia bakal berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada anak sulungnya.

Raja Norodom Sihamoni pada Isnin, dijangka mengeluarkan dekri Diraja bagi menjadikan Jeneral Hun Manet sebagai Perdana Menteri baharu Kemboja.

Namun, bagi mengesahkan jawatannya itu, Hun Manet dan kabinet baharunya perlu memenangi undi percaya di parlimen yang dijadualkan pada 22 Ogos ini.

Meskipun Hun Sen berundur daripada jawatan pentadbiran, beliau dijangka akan dilantik sebagai Presiden Senat dan terus terlibat dalam pemerintahan Kemboja.
 
Julai lalu, Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen, mencatat kemenangan besar dengan meraih 120 daripada 125 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU), baru-baru ini.-AFP
 

(FOTO AFP)

Media Baharu