fb fb fb fb fb

Jepun lepaskan 'Air radioaktif Fukushima ke laut akhir Ogos

(FOTO REUTERS)

TOKYO, 7 Ogos- Jepun merancang untuk melepaskan air radioaktif terawat dari loji janakuasa terjejas akibat tsunami, Fukushima ke lautan Pasifik pada akhir Ogos ini.

Demikian lapor akhbar harian Asahi Shimbun pada Isnin, memetik sumber kerajaan.

Pelepasan air itu akan dilakukan sejurus pertemuan Perdana Menteri, Fumio Kishida, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Perdana Menteri Korea Selatan, Yoon Suk Yeol di Amerika Syarikat minggu hadapan.

Pada pertemuan itu juga Kishida dijangka menerangkan kepada kedua-dua pemimpin tersebut berkaitan keselamatan air berkenaan.

Pengawal selia nuklear Jepun bulan lalu memberikan kelulusan kepada pengendali loji, Tokyo Electric Power untuk mula melepaskan air yang didakwa selamat oleh Jepun dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, namun negara-negara berhampiran bimbang kemungkinan air terawat itu bakal mencemari makanan.

Musim penangkapan ikan di Fukushima dijadualkan bermula pada September dan kerajaan Jepun menyasarkan bagi memulakan rancangan pelepasan air berkenaan sebelum musim tersebut bermula. -REUTERS


(FOTO www.bloomberg.com/news/articles/2023-07-04/iaea-says-japan-s-plan-to-
discharge-fukushima-wastewater-is-safe)

Media Baharu