fb fb fb fb fb

Insiden meriam air: Filipina panggil Duta China

(FOTO AFP)

MANILA, 7 Ogos- Manila memanggil duta China pada Isnin selepas Pengawal Pantai China menyekat dan mengancam menggunakan meriam air terhadap kapal Filipina di Laut China Selatan yang dipertikaikan, kata Presiden Ferdinand Marcos.

"Setiausaha Luar Negara telah memanggil Duta China hari ini dan memberinya nota lisan termasuk gambar, video tentang apa yang berlaku dan kami sedang menunggu jawapan mereka," kata Marcos kepada pemberita.

Insiden terbaru berlaku pada Sabtu ketika Pengawal Pantai Filipina mengiringi bot sewa yang membawa makanan, air, bahan api dan bekalan lain untuk anggota tentera Filipina yang ditempatkan di Beting Thomas Kedua di Kepulauan Spratly.

Beijing menuntut semua kapal asing yang memasuki Laut China Selatan berdaftar dengan pihak berkuasa maritim China dan telah mengabaikan keputusan mahkamah antarabangsa 2016 bahawa dakwaannya tidak mempunyai asas undang-undang.

Tentera dan pengawal pantai Filipina menuduh Pengawal Pantai China menghalang dan menembak meriam air pada misi bekalan semula.

Mereka mengecam tindakan kapal China itu sebagai "haram" dan "berbahaya".

Sementara itu, Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Kesatuan Eropah turut mengkritik tindakan Beijing.

China berkata pada Ahad,  berkata ia telah mengambil kawalan sewajarnya terhadap bot Filipina haram yang memasuki perairannya.-AFP

 


(Kenderaan Duta China dilihat memasuki perkarangan pejabat Hal-Ehwal
Luar Negeri 
Filipina susulan bantahan negara itu terhadap insiden Sabtu
lalu/FOTO AFP)

Media Baharu