NEW DELHI, 7 Ogos - Parlimen India hari ini mengembalikan semula status kedudukan pemimpin parti Kongres pembangkang Rahul Gandhi sebagai ahli Parlimen selepas Mahkamah Agung menggantung pemimpin berkenaan kerana memfitnah.
Rahul, telah disabitkan kesalahan pada Mac dalam kes yang dibawa oleh ahli parlimen dari Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah atas komen 2019 yang dianggap menghina Perdana Menteri Narendra Modi.
Rahul 53 tahun, kehilangan kerusi parlimennya dan dipenjarakan selama dua tahun tetapi dibenarkan diikat jamin.
Mahkamah Agung minggu lalu menggantung sabitan itu, dan membenarkan Rahul kembali ke parlimen untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadualkan tahun depan.
Sebelum ini, Rahul berusaha untuk membatalkan sabitan itu tetapi rayuan berkenaan masih belum didengari oleh mahkamah rendah.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Gandhi membantu Kongres berunding dengan parti pembangkang lain untuk mewujudkan idea perikatan besar bagi menentang BJP dalam pilihan raya umum. – REUTERS
(Pemimpin Parti Kongres India, Rahul Gandhi/FOTO AFP)