fb fb fb fb fb

Raja Charles III lawat Southport

Foto fail/Reuters

UNITED KINGDOM, 20 Ogos - Raja Charles III pada Selasa melawat Southport di barat laut England, lokasi pembunuhan tiga remaja perempuan, umum Istana Buckingham.

"Raja Charles III akan berangkat ke Southport untuk menyatakan sokongan berterusan baginda kepada mereka yang terjejas akibat serangan 29 Julai dan rusuhan yang berlaku di bandar itu.

"Baginda mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kecemasan barisan hadapan atas menjalankan tugas mereka untuk berkhidmat kepada penduduk tempatan," kata istana dalam satu kenyataan.

Raja Charles akan bertemu ahli komuniti Southport di luar dewan bandaran pada awal petang, sebelum bertemu pemimpin wilayah, wakil daripada perkhidmatan kecemasan dan lain-lain.

Menjelang pertemuan itu, Charles akan bertemu secara tertutup dengan keluarga mangsa serangan berdarah yang meragut nyawa tiga remaja perempuan dan mencederakan 10 yang lain, termasuk lapan kanak-kanak.

Pertemuan itu akan turut melibatkan kanak-kanak terlibat yang terselamat dalam serangan itu.

Ketika kejadian kanak-kanak tersebut sedang menghadiri kelas tarian bertemakan Taylor Swift apabila seorang penyerang memasuki bangunan dan mula menyerang mereka.

Axel Rudakubana, yang berusia 17 tahun pada masa itu, didakwa atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh.

Motif kekejaman itu belum didedahkan, tetapi polis berkata ia tidak dianggap sebagai berkaitan keganasan. - AFP

TETITIA YUSOFF