fb fb fb fb fb

Rafah:12 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel

Foto REUTERS

BAITULMAQDIS, 31 Mei- Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin dalam serangan udara yang dilancarkan pada waktu subuh di Rafah, selatan Palestin pada Khamis, menurut pegawai perubatan Gaza.

Israel meneruskan serangannya ke atas Rafah sehari selepas tenteranya telah menguasai zon penampan di sepanjang sempadan berdekatan antara Gaza dan Mesir.

Penguasaan zon berkenaan membolehkan Israel menguasai sempadan darat Gaza.

Pihak Israel turut berkata penguasaan terhadap zon penampan telah memusnahkan laluan yang digunakan oleh kumpulan pejuang Hamas untuk menyeludup senjata ke Gaza.

Para pegawai perubatan Gaza trut memaklumkan terdapat rakyat Palestin yang turut terbunuh dalam serangan udara di Kem pelarian Al-Shati di utara Gaza yang padat dengan penduduk.

Sementara itu, Israel melaporkan terdapat pertempuran di beberapa tempat di Gaza tetapi tidak mengulas mengenai korban yang dilaporkan di Rafah.

Lebih 36,000 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara dan darat yang dilancarkan Israel terhadap Gaza dengan 53 korban dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Kementerian Kesihatan Hamas.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD