SEOUL, 21 Januari - Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan hasratnya untuk melawat Pyongyang tidak lama lagi, lapor media Korea Utara, KCNA.
Putin juga mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un atas jemputannya untuk melawat ketika beliau bertemu dengan Menteri Luar Korea Utara, Choe Son Hui yang melawat Rusia minggu lalu, kata KCNA memetik kenyataan seorang pegawai kementerian luar.
Rusia mengucapkan terima kasih kepada Korea Utara atas sokongan dan solidaritinya dalam perang Ukraine dan kedua-duanya turut menyatakan kebimbangan serius terhadap tindakan provokatif oleh Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap hak kedaulatan Pyongyang sambil bersetuju untuk bekerjasama dalam hal ehwal serantau, kata laporan itu.
Kerjasama antara Pyongyang dan Moscow selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa lain, tambah laporan tersebut.- REUTERS