fb fb fb fb fb

Putin arah unit senjata nuklear bersiap sedia, empat lagi negara tutup ruang angkasa kepada Rusia

MOSCOW, 28 Februari- Kemungkinan campur tangan tentera Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sekatan ekonomi terhadap Moscow.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan unit berkait senjata nuklear diletakkan dalam keadaan siap siaga.

Menurut sumber, beliau menuduh negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat mengambil langkah 'tidak mesra' di tengah-tengah pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Di Washington, Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki, berkata arahan Putin itu adalah taktik Moscow bagi menghalalkan agresi ketenteraannya.

Ujarnya lagi, AS akan terus mendukung Ukraine dan membantu Kyiv mempertahanan kedaulatannya.


(Foto AFP)

Sementara itu, Finland, Sweden, Denmark dan Iceland turut mengikut jejak langkah sama Bulgaria, Republik Czech, Estonia, Jerman dan Poland apabila sepakat menutup ruang angkasa mereka kepada pesawat Rusia sebagai langkah sekatan terhadap Kremlin.

Langkah tersebut dilihat bakal diikuti negara anggota Kesatuan Eropah EU yang lain yang turut menentang pencerobohan ke atas Ukraine.

Larangan terbang tersebut telah memaksa pesawat Rusia terbang ke arah barat dan membuat lencongan besar menghala destinasi yang dituju.

Gesaan terus dibuat masyarakat dunia meminta Rusia mengundurkan tentera dan menghentikan sebarang tekanan ke atas Ukraine.

Media Baharu