fb fb fb fb fb

PBB janji beri lebih banyak bantuan kemanusiaan di Ukraine

(Kanak-kanak sedang tidur di atas lantai di stesen kereta api pusat Lviv di Ukraine Barat/AFP)

NEW YORK, 27 Februari - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyalurkan lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada rakyat Ukraine susulan pencerobohan yang dilakukan Rusia.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres menyatakannya komitmen itu menerusi perbualan telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Guterres turut berkata badan dunia itu akan melancarkan rayuan untuk membiayai operasi kemanusiaan PBB di Ukraine, Selasa depan.

Manakala Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata, disebabkan keadaan semakin meruncing di Ukraine, Guterres membatalkan rancangannya ke Geneva.

Beliau hanya akan bercakap pada mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia esok menerusi rakaman video. - AFP

Media Baharu