fb fb fb fb fb

Korea Utara lancar peluru berpandu ketika konflik Rusia-Ukraine memuncak

(Berita ujian pelancaran peluru berpandu dilaporkan dalam siaran televisyen tempatan pada 27 Februari 2022/AFP)

SEOUL, 27 Februari- Ketika konflik Rusia-Ukraine memuncak, Korea Utara terus melakukan ujian senjata berat mereka.

Hari ini, Korea Selatan melaporkan, Pyongyang melancarkan peluru berpandu balistik yang menurut Seoul, negara itu sekali lagi meneruskan ujian peluru berpandu selepas dihentikan hampir sebulan ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing berlangsung.

Ujian peluru berpandu pagi ini adalah kali ke-8 pada tahun ini termasuk ujian senjata nuklear berkuasa tinggi sejak rundingan pemimpin tertinggi antara Kim Jong Un dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 2017, tiada jalan damai.

Hakikatnya, meskipun Pyongyang berdepan sekatan antarabangsa, Kim Jong Un telah menggandakan pembangunan ketenteraan dan bulan lepas mengancam untuk menghentikan moratorium yang diputuskan sendiri untuk meneruskan pelancaran peluru berpandu jarak jauh dan nuklear mereka.

Penganalisis memang meramalkan bahawa Pyongyang akan menggunakan kesempatan isu Rusia-Ukraine dan Barat dengan ujian peluru berpandu baharu.

Menurut tentera Korea Selatan, pagi ini mereka telah mengesan peluru berpandu balistik dilepaskan ke Laut Jepun dari Pyongyang kira-kira 7.02 pagi waktu tempatan.

“Peluru berpandu balistik yang diuji itu boleh mencecah jarak sehingga 300 kilometer dan tinggi sekitar 620 kilometer manakala perincian lanjut sedang dianalisis oleh perisik Korea Selatan dan Amerika Syarikat," kata pihak tentera. Pihak berkuasa Jepun turut mengesahkan pelancaran itu.

Pusat pentadbiran Korea Selatan, Blue House menyatakan “amat bimbang dan kesal” dengan perkembangan itu serta mengutuk masa yang dilakukan ketika dunia sedang berusaha mendamaikan perang di Ukraine susulan pencerobohan tentera Rusia sejak Khamis lalu. -AFP

 

Media Baharu