(Protes komuniti Ukraine di Place du Canada, Montreal, Quebec pada 27 Februari 2022. Puluhan ribu rakyat Ukraine meninggalkan negara sejak pencerobohan Rusia pada Khamis)
KANADA, 28 Februari- Kerajaan Kanada mengumumkan untuk menghantar peralatan perlindungan ketenteraan seperti helmet tentera (topi keledar) kepada tentera Ukraine.
Pada masa sama menegaskan tidak akan menghantar anggota tenteranya untuk membantu Kiev menentang Rusia.
Menteri Luar Kanada, Melanie Joly dalam sidang media berkata, ketika ini tentera Ukraine amat memerlukan bantuan peralatan ketenteraan seperti jaket kalis perlu, topi keledar (helmet), penutup muka gas dan peralatan penglihatan waktu malam.
"Sumbangan dari Otawa berjumlah $25 juta (Dolar Kanada) (€17.6 juta)," kata Joly yang turut menegaskan bahawa telah menerima permohonan langsung daripada Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Olha Stefanishyna.
(Seorang ahli parlimen berucap dihadapan peserta protes di Place du Canada, Montreal, Quebec, pada February 27, 2022)
Sementara itu Menteri Pertahanan Kanada, Anita Anad mengulangi, bahawa 'misi tempur' tiada dalam perancangan kerajaan ketika ini.
Sejak Khamis lalu, tentera dan pejuang rakyat Ukraine sudah berusaha sedaya upaya menentang operasi ketenteraan Rusia yang disebut Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai pencerobohan.
Pada 14 Februari lalu, Kanada mengumumkan akan menghantar bantuan ketenteraan seperti senjata dan peluru ke Ukraine, langkah pertama yang turut disertakan dengan pinjaman $500 juta (Dolar Kanada).
Diaspora Ukraine yang berada di Kanada ketika ini dianggarkan seramai 1.3 juta orang, satu jumlah yang agak besar. -AFP