fb fb fb fb fb

EU siap sedia sambut pelarian Ukraine

BRUSSELS, 28 Februari- Kesatuan Eropah pada hari Ahad bergerak untuk menyelaraskan sambutan ratusan ribu rakyat Ukraine yang melarikan diri daripada pencerobohan Rusia terutamanya tentang penawaran status perlindungan sementara kepada mereka.

Kira-kira 400,000 rakyat Ukraine telah menyeberang ke EU sejak serangan bermula pada Khamis dan separuh daripada mereka memasuki Poland.

Mesyuarat menteri dalam negeri EU membangkitkan kemungkinan memberi status kepada Ukraine di bawah Arahan Perlindungan Sementara 2001 yang belum digunakan yang membolehkan mereka tinggal dan bekerja di Kesatuan Eropah sehingga tiga tahun.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin berkata, "Majoriti yang sangat besar" dimana menteri memihak untuk mengaktifkan pilihan itu dengan pantas.

Di bawah perjanjian kerjasama, rakyat Ukraine dengan pasport yang mengandungi data biometrik dibenarkan memasuki EU tanpa visa dan tinggal sehingga tiga bulan.

Tetapi Pesuruhjaya Hal Ehwal Dalam Negeri EU , Ylva Johansson berkata blok itu perlu bersedia untuk menjadi tuan rumah mereka melebihi tempoh itu dan ia perlu bersedia untuk kemungkinan "berjuta-juta" ketibaan dari Ukraine.

"Ia akan menjadi masa yang sesuai untuk menggunakan Arahan Perlindungan Sementara," katanya.

Arahan itu pada asalnya disediakan untuk pelarian daripada konflik yang melanda bekas Yugoslavia, dengan peruntukan untuk mengendalikan aliran masuk secara besar-besaran dan langkah untuk mengedarkan mereka ke seluruh 27 negara EU.

Belgium berada di barisan hadapan negara anggota yang menyeru agar arahan perlindungan itu digunakan.

"Pada saat bersejarah ini kita perlu mengambil keputusan yang betul. Mengambil keputusan yang betul bermakna, Arahan Perlindungan Sementara perlu dilaksanakan," kata Menteri Imigresen Belgium, Sammy Mahdi.

 


(Menteri Imigresen Belgium,  Sammy Mahdi/ AFP)

 

Walau bagaimanapun, untuk digunakan, majoriti negara EU yang layak iaitu 15 daripada 27 negara yang mewakili sejumlah sekurang-kurangnya 65 peratus daripada populasi blok itu, perlu menyokongnya.

Johansson berkata beliau sedang menyediakan cadangan untuk mengaktifkannya, yang harus dibentangkan kepada menteri dalam negeri pada mesyuarat lain yang dijadualkan pada Khamis.-AFP

Media Baharu