fb fb fb fb fb

Putin, Xi kutuk serangan Israel ke atas Iran, gesa penyelesaian diplomatik

Presiden China Xi Jingping dan Presiden Rusia Vladimir Putin

MOSCOW, 19 Jun- Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari China Xi Jinping mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Iran menerusi panggilan telefon dan menekankan keperluan untuk penyelesaian diplomatik.

Israel telah melancarkan gelombang serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Iran serta mendorong Tehran bertindak balas dengan serangan peluru berpandu dan dron.

Beliau menambah bahawa Moscow dan Beijing percaya penamatan permusuhan harus dicapai secara eksklusif melalui cara politik dan diplomatik.

Xi pula memberitahu Putin bahawa gencatan senjata adalah keutamaan ketika ini dan menggesa Israel menghentikan serangan.

"Menggalakkan gencatan senjata dan pemberhentian permusuhan adalah keutamaan ketika ini. Angkatan bersenjata bukanlah cara yang betul untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa.

Pihak-pihak kepada konflik, terutamanya Israel, harus menghentikan permusuhan secepat mungkin untuk mengelakkan peningkatan kitaran dan tegas mengelak limpahan perang,” kata Xi, menurut agensi berita negara China Xinhua.

Minggu lalu, Putin mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian, menawarkan dirinya sebagai pendamai.

Namun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Emmanuel Macron dari Perancis telah menolak idea berkenaan.

AZRUL FAIZAL JUSOH