fb fb fb fb fb

Pesawat diselenggara dengan baik sebelum terhempas, Air India

Foto AFP

NEW DELHI, 19 Jun- Pesawat Boeing Air India diselenggara dengan baik sebelum terhempas minggu lalu dan membunuh semua penumpang kecuali seorang daripada 242 orang.

Pihak berkuasa India masih belum memperincikan punca Boeing 787-8 Dreamliner itu terbabas ke tanah di bandar barat Ahmedabad, di mana 38 orang turut terkorban.

"Pesawat itu diselenggara dengan baik, dengan pemeriksaan utama terakhirnya pada Jun 2023.

"Enjin kanannya telah dibaik pulih pada Mac 2025, dan enjin kiri diperiksa pada April 2025. Kedua-dua pesawat dan enjin sentiasa dipantau, tidak menunjukkan sebarang masalah sebelum penerbangan," kata Air India dalam satu kenyataan.

Unit penyiasatan penerbangan India berkata siasatan sedang berjalan dengan lancar.

"Kerja pemulihan utama, termasuk dokumentasi tapak dan pengumpulan bukti, telah selesai, dan analisis lanjut kini sedang dijalankan," kata Biro Siasatan Kemalangan Pesawat.

AZRUL FAIZAL JUSOH