BEIJING 19 Jun- Presiden China Xi Jinping menggesa semua pihak terutama Israel menghentikan permusuhan.
Beliau berkata demikian ketika bercakap menerusi panggilan telefon bersama Presiden Rusia Vladimir Putin.
“Pihak-pihak yang terlibat konflik, terutamanya Israel, harus menghentikan permusuhan secepat mungkin untuk mengelakkan peningkatan kitaran dan tegas mengelak perang yang berlanjutan,” kata Xi, lapor media negara China.