(Foto fail Reuters)
LOS ANGELES, 25 Julai- Punca kematian pelakon Britain Julian Sands, yang hilang ketika mendaki gunung di California pada Januari, diputuskan secara rasmi sebagai "tidak dapat ditentukan," kata pihak berkuasa tempatan, pada Isnin.
Jurucakap Jabatan Sheriff-Koroner Daerah San Bernardino memberitahu, punca kematian tidak dapat dikenal pasti berikutan keadaan mayat; selain tiada faktor lain yang ditemukan semasa siasatan.
"Ini adalah perkara biasa apabila berurusan membabitkan kes seperti ini dan ia merupakan keputusan rasmi," katanya dalam satu kenyataan kepada AFP.
Sands, yang terkenal pada tahun 1980-an melalui wataknya dalam "A Room with a View," hilang di gunung pada ketinggian 10,000 kaki Mount San Antonio, juga dikenali Gunung Baldy dalam kalangan penduduk tempatan.-AFP
(Julian Sands/Foto fail Reuters)