fb fb fb fb fb

Puluhan warga Rohingya terbunuh dalam serangan dron

Sekumpulan warga Rohingya yang cuba melarikan diri dan menyeberang ke sempadan Bangladesh/Foto fail UNCHR

BANGKOK, 10 Ogos - Puluhan terbunuh dalam serangan dron terhadap warga Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.

Saksi dan aktivis menggambarkan bahawa serangan pada Isnin itu membunuh keluarga yang sedang menunggu untuk menyeberangi sempadan ke Bangladesh.

Antara mangsa adalah seorang wanita sarat mengandung dan anak perempuannya yang berusia dua tahun.

Tiga saksi menyatakan bahawa Tentera Arakan bertanggungjawab, tetapi kumpulan itu menafikannya.

Video di media sosial menunjukkan mayat dan beg pakaian berselereak di lokasi kejadian.

Tiga mangsa yang terselamat melaporkan lebih 200 orang maut, sementara seorang saksi melihat sekurang-kurangnya 70 mayat.

Reuters mengesahkan lokasi video itu di luar bandar Maungdaw. Reuters tidak dapat mengesahkan tarikh video itu dirakam.

Seorang saksi, Mohammed Eleyas, menceritakan bahawa isterinya dan anak perempuannya cedera dalam serangan dan kemudiannya meninggal dunia.

Organisasi bantuan Medecins Sans Frontieres melaporkan telah merawat 39 orang yang cedera akibat keganasan sejak Sabtu lalu, termasuk kecederaan akibat tembakan dan peluru morta. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN