fb fb fb fb fb

Protes di Senegal semakin membimbangkan menjelang pilihan raya

(FOTO AFP)

DAKAR, 19 Jun- Pemimpin pembangkang Senegal bertelagah dengan kerajaan, sehari selepas pertempuran menyebabkan sehingga menyebabakan tiga orang terbunuh.

Perkara ini mencetuskan kebimbangan situasi keganasan lebih teruk menjelang pilihan raya perundangan dalam tempoh enam minggu lagi.

Ousmane Sonko menggesa Presiden Senegal, Macky Sall supaya membebaskan ahli pembangkang yang ditahan, bagi mengelakkan penyokong mereka bertindak 'menyelamatkan' tebusan politik itu.

Rakyat Senegal menjadi kecoh dengan insiden itu dan mahu pihak yang berkenaan bertanggungjawab, selain mencari jalan menghentikan keganasan berkenaan.

(Presiden Senegal, Macky Sall/ AFP)

Pergolakan berlaku selepas golongan belia mengingkari larangan perhimpunan bagi membantah pembatalan senarai calon pembangkang bagi pilihan raya pada 31 Julai.

Pertempuran itu menyebabkan seorang maut di ibu negara dan dua lagi di Casamance, sekurang-kurangnya dua daripadanya bukan sebahagian daripada protes itu menurut laporan media.

Tiga tokoh pembangkang, Dethie Fall, Ahmet Aidara dan Mame Diarra Fame, telah ditahan pada Jumaat.

Seorang lagi ketua protes, Guy Marius Sagna, telah ditangkap pada hari Sabtu di Casamance.

Pihak berkuasa setakat ini masih berdiam diri mengenai tahap kerosakan serta tindak balas polis.

Polis menyekat Ousmane Sonko dan seorang lagi pengkritik keras presiden, Datuk Bandar Dakar Barthelemy Dias, dari rumah mereka pada hari Jumaat untuk menghalang mereka daripada melaksanakan rancangan mereka untuk hadir ke protes meskipun diharamkan. -AFP

Media Baharu