fb fb fb fb fb

Aksi romantis jejaka Itali lamar gadis di kedai runcit jadi perhatian

(Foto hiasan/ AFP)

ROME, 19 Jun- Seorang lelaki Itali di Venice melamar teman wanitanya di sebuah kedai runcit minggu ini, dan meminta wanita itu mengahwininya melalui mikrofon kaunter pembayaran.

"Saya ingin bertanya sesuatu kepada awak, di hadapan semua orang, sudikah awak kahwin dengan saya?" kata Salvatore Costarelli dalam video yang diterbitkan di laman web akhbar Corriere del Veneto.

Seseorang di luar kamera mula bertepuk tangan dan kamera dilihat kepada seorang wanita, Tiziana Famao, yang dilihat bersandar pada trolinya dengan riak wajah terkejut.

(Foto hiasan/ AFP)

Pasangan itu saling berpelukan sebelum Costarelli menyarungkan cincin di jari Famao, diiringi dengan gelak tawa dan tepukan gemuruh daripada juruwang dan orang ramai.

"Apabila saya mendengar kata-kata itu saya tidak faham apa-apa lagi, sepanjang saya mengenalinya, dia seorang yang pemalu," kata Famao kepada akhbar itu.

Sementara itu menurut Costarelli, dia telah merancang melakukan perkara itu beberapa hari sebelum mereka keluar berbelanja di kedai berkenaan.

Mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada Disember, di Sicily. -AFP

Media Baharu