fb fb fb fb fb

Protes di Perancis, kerajaan gesa hentikan segera

Foto AFP

PARIS, 17 Oktober- Puluhan ribu penunjuk perasaan, rata-rata terdiri daripada pekerja industri minyak dan gas berarak bagi memprotes kenaikan kos sara hidup di Paris, SEMALAM.

Mereka turut menuntut tindakan segera kerajaan mengawal harga barangan menjelang musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi.


(Puluhan ribu di Paris berarak menentang kenaikan kos sara hidup dan
ketidakupayaan kerajaan terhadap perubahan iklim./ Foto AFP)

Protes yang berlarutan sejak mogok selasa lalu turut meminta kerajaan mengenal pasti mekanisme bagi memberi perlindungan sewajarnya kepada rakyat terutama kesan ekonomi akibat perang antara Ukraine dan Rusia.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis, Élisabeth Borne menggesa protes yang dipimpin pembangkang berhaluan kiri itu dihentikan segera sebelum kerajaan mengambil tindakan perlu dan meletakkan semula pekrja kilang ditempatnya.

Menurutnya protes tersebut telah menyebabkan kerugian besar akibat kekurangan penghasilan minyak dan gas setelah kilang ditutup.

Tiga daripada tujuh kilang penapisan telah dihenti tugas dan lima depoh minyak turut terjejas selepas hampir 70 peratus pekerja tidak hadir bekerja, mogok dan menghadiri tunjuk perasaan.- AFP

Media Baharu