fb fb fb fb fb

Protes 100 hari penahanan Imamoglu di Istanbul

Foto REUTERS

ISTANBUL, 2 Julai- Ratusan penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis di Istanbul dalam satu perhimpunan yang diadakan bagi memperingati 100 hari penahanan bekas Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu.

Perhimpunan dianjurkan oleh Parti Rakyat Republikan (CHP), parti pembangkang utama di Turkiye, bertukar tegang selepas polis bertindak menyuraikan peserta perhimpunan menggunakan semburan lada dan menolak mereka ke belakang dari kawasan sekatan.

Beberapa individu berpakaian biasa turut dilihat menahan penunjuk perasaan yang enggan meninggalkan lokasi selepas pergelutan berlaku.

“Kami berada di sini hari ini untuk menentang ketidakadilan undang-undang, untuk mempertahankan datuk bandar yang ditahan, dan membantah layanan keras polis terhadap pelajar demi seluruh negara,” kata seorang penunjuk perasaan, yang enggan dikenali.

CHP menyifatkan penahanan Ekrem Imamoglu, yang juga calon presiden daripada parti itu, sebagai satu bentuk rampasan kuasa. Namun, Parti AK Erdogan menegaskan bahawa sistem kehakiman di Turkiye berperanan secara bebas.- REUTERS

ROSLINA BINTI DIN