ESPARTO, 1 Julai - Letupan di sebuah gudang bunga api di Esparto, Yolo County, California mencetuskan kebakaran besar sehingga memaksa pemindahan segera penduduk di kawasan terlibat.
Menurut pihak berkuasa tempatan, beberapa siri letupan telah berlaku di premis bunga api itu yang seterusnya mencetuskan kebakaran besar di kawasan berkenaan.
Daerah Perlindungan Kebakaran Esparto memaklumkan, beberapa struktur di tapak tersebut musnah dalam kebakaran itu, dengan api turut merebak ke kawasan padang rumput berdekatan.
Kebakaran tersebut melibatkan kawasan seluas kira-kira 80 ekar dan usaha memadamkan api sedang giat dijalankan.
Pihak berkuasa telah mengarahkan pemindahan mandatori dalam radius sejauh satu batu dari lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan penduduk.
Menurut laporan, Yolo County turut mengesahkan arahan pemindahan berkuat kuasa pada hari yang sama. - REUTERS