fb fb fb fb fb

PRK Pulai, 65% keluar mengundi setakat pukul 12.00 tengah hari - SPR

Foto FB SPR

JOHOR BAHRU, 5 September- Peratusan keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai mencatatkan 65%, setakat pukul 12.00 tengah hari.

Pusat pengundian yang dibuka sejak pukul 8.00 pagi itu dilapor berjalan lancar, setakat ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menyasarkan 99% pemilih keluar mengundi sehingga pukul 5.00 petang nanti.

"Kalau kita lihat daripada segi trend itu, amat baik. Sejam pertama, sudah capai 16% kemudian memasuki jam seterusnya, 30%.

Saya juga melihat ada pihak pemantau kehadiran, lebih kurang empat atau lima kaunter dibuka. Mereka memantau kehadiran anggota masing-masing untuk dalam proses pilihan raya ini," kata Abdul Ghani kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Pengundian Awal Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Johor Bahru, Johor.

Terdahulu, seramai 927 pegawai dan anggota polis dijangka mengundi hari ini.


(Foto FB SPR)

Media Baharu