fb fb fb fb fb

PRK: Polis Johor lulus 24 lagi permit ceramah, kempen

JOHOR, 5 September- Polis Johor meluluskan 24 lagi permit ceramah dan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, semalam

Jurucakap Media PRK Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, sembilan permit ceramah dan lapan permit kempen diluluskan bagi Parlimen Pulai, manakala empat permit ceramah dan tiga permit kempen diluluskan bagi DUN Simpang Jeram

Sementara itu, dua kertas siasatan telah dibuka bagi tempoh 26 Ogos hingga semalam.

"Pihaknya menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa menghormati anatra satu sama lain, kekalkan keharmonian dan berkempen secara berhemah tanpa menyentuh sensitiviti terutama isu 3R iaitu institusi diraja, agama dan kaum.

"Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan.

Secara keseluruhan, sebanyak 294 permit daripada 302 permohonan diluluskan sejak 26 Ogos lalu sehingga semalam.

 (Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat (tengah) hadir membuat lawatan
di pusat pengundian awal di Balai Polis Kempas pagi tadi)

Media Baharu