fb fb fb fb fb

Jong-un dijangka lawat Rusia dengan kereta api perisai

(Vladimir Putin (kanan) menerima pedang daripada Kim Jong-un (kiri) dalam satu pertemuan
di Vladivostok pada 25 April 2019/Reuters)

WASHINGTON, 5 September- Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dijangka akan melawat Rusia dalam waktu terdekat, kemungkinan pada bulan ini, lapor New York Times, yang memetik sumber Amerika Syarikat dan sekutu.

Dalam lawatan itu, Jong-un akan bertemu dengan Presiden Vladimir Putin bagi membincangkan 'kemungkinan' pembekalan senjata kepada Rusia untuk perang di Ukraine.

"Jong-un akan melakukan perjalanan dari Pyongyang, mungkin dengan kereta api berperisai ke Vladivostok di Pantai Pasifik Rusia, lokasi beliau akan bertemu Putin," menurut akhbar itu.

Julai lalu, Jong-un mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu di Pyongyang dengan kedua-dua mereka turut hadir pada perarakan tentera besar-besaran sempena memperingati ulang tahun ke-70 berakhirnya perang Korea. -Reuters

(FOTO KCNA/REUTERS)

Media Baharu