fb fb fb fb fb

Hujan lebat di Madrid, jambatan runtuh dan laluan terputus

FOTO REUTERS

MADRID, 5 September- Dua maut dan dua lagi masih hilang susulan limpahan air sungai akibat hujan lebat di wilayah Madrid.

Limpahan itu turut mengakibatkan runtuhan beberapa jambatan serta banjir kilat.

Dalam satu rakaman video dron menunjukkan kawasan-kawasan rendah ditenggelami air dan memutuskan hubungan jalan raya serta landasan kereta api.

Agensi cuaca nasional (AEMET) kemudian mengeluarkan amaran merah dengan bacaan maksimum di wilayah Madrid, Toledo dan bandar Cadiz serta mengarahkan penduduk agar bersiap sedia berhadapan sebarang kemungkinan.

Pihak berkuasa hanya membenarkan kenderaan melalui jalan raya yang selamat dan tidak dinaiki air.

Selain itu, laluan kereta api yang tidak terlibat, hanya dibenarkan beroperasi pada kelajuan rendah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak insiden tidak diingini.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu