fb fb fb fb fb

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram: 324 permit ceramah dan kempen dikeluarkan

JOHOR, 6 September - Setakat semalam, Polis Johor telah meluluskan 324 permit ceramah dan kempen daripada 333 permohonan yang dibuat sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Jurucakap Media PRK Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata tiga kertas siasatan juga dibuka setakat ini.

"Lapan permit ceramah dan 13 permit kempen diluluskan di Pulai, semalam. Manakala enam permit ceramah dan tiga permit kempen diluluskan di Simpang Jeram," kata Ibrahim Mat Som.

Semua parti dan penyokong dinasihatkan agar saling menghormati dan tidak melakukan kerosakan terhadap bahan-bahan kempen.

Tindakan tegas boleh dikenakan mengikut Seksyen 427 Kanun keseksaan, jika disabit kesalahan.

(FOTO FAIL)

Media Baharu