fb fb fb fb fb

Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol/Foto AFP

SEOUL, 25 Disember - Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu sekali lagi tidak mengendahkan panggilan kedua daripada badan anti-rasuah yang menyiasat pelaksanaan undang-undang tentera yang kontroversi pada 3 Dis lalu, lapor agensi berita Yonhap.  

Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Kanan (CIO) mengarahkan Yoon hadir sebelum 10 pagi sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang dibuat sebelum ini.

Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.  - BERNAMA-YONHAP  

GRACE AISYAH KEDAYAN