fb fb fb fb fb

Presiden Filipina positif COVID-19

(6 Julai 2022, Ahli Majlis Negara China dan Menteri Luar Negeri Wang Yi (kiri) bersalaman
denganPresiden Filipina Ferdinand Marcos Jr (tengah) di Istana Malacañang
di Manila/Philippines' Presidential Photographers Division (PPD) / AFP)


MANILA, 8 Julai- Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr telah disahkan positif COVID-19, kata jurucakapnya.

Beliau disahkan dijangkiti COVID-19, dua hari selepas bertemu secara bersemuka dengan Menteri Luar China Wang Yi di sini.

Marcos Jr, yang mengangkat sumpah memegang jawatan presdien pada 30 Jun lalu, telah membatalkan pertemuan secara peribadi ketika dia pulih daripada "demam ringan", kata Setiausaha Akhbar Trixie Cruz-Angeles kepada pemberita.

Tidak jelas bila Marcos Jr menerima keputusan ujian positif, tetapi gambar yang disiarkan di akaun Facebooknya pada Khamis menunjukkan beliau mengadakan pertemuan secara peribadi di istana presiden tanpa memakai topeng.

Wang kini berada di Bali untuk perhimpunan G20.

Delegasinya telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian COVID-19 Marcos Jr, kata kedutaan China di Manila.


(6 Julai 2022, Ahli Majlis Negara China dan Menteri Luar Negeri Wang Yi (kiri) melakukan kunjungan hormat
terhadap Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr (tengah) di Istana Malacañang
di Manila/Philippines' Presidential Photographers Division (PPD) / AFP
)

Cruz-Angeles menasihatkan sesiapa sahaja yang pernah berhubung rapat dengan Marcos Jr untuk memantau simptom dan menjalani ujian jika perlu.

"Presiden akan diasingkan selama tujuh hari dari masa dia diuji positif," dan akan dibenarkan bekerja selepas itu jika simptomnya hilang, kata Timbalan Setiausaha Kesihatan Maria Rosario Vergeire.

Ini adalah kali kedua Marcos Jr disahkan positif wabak itu.

Anak sulungnya, anggota kongres yang baru dipilih Sandro Marcos, telah diuji negatif, manakala isteri dan dua anak lelakinya yang lain tiada dan bukan kantak rapatnya dalam masa terdekat, kata Cruz-Angeles. -AFP

Media Baharu