fb fb fb fb fb

Presiden China seru kuasa dunia bantu Rusia, Ukraine

Viktor Orban (kiri) bersalaman dengan Xi Jinping/Foto X Perdana Menteri Hungary

BEIJING, 8 Julai- Presiden China Xi Jinping memberitahu Perdana Menteri Hungary Viktor Orban bahawa kuasa dunia harus membantu Rusia dan Ukraine untuk memulakan semula rundingan terus kedua-dua negara.

Perkara itu diusulkan ketika lawatan ke Beijing yang dianggap sebagai "misi keamanan" oleh pemimpin Eropah itu.

Perjalanan Orban ke China sehari sebelum sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)untuk menandakan ulang tahun ke-75.

Ia juga susulan lawatan mengejut oleh Perdana Menteri Hungary ke Rusia dan Ukraine pada minggu lalu.

Sebelum ini Orban tidak memaklumkan perjalanannya ke Beijing sebagai "misi keamanan 3.0".

Dalam satu siaran stesen CCTV, Xi berkata, "komuniti antarabangsa harus mewujudkan keadaan dan menyediakan bantuan untuk kedua-dua pihak untuk menyambung semula dialog dan rundingan terus".

"Apabila semua kuasa besar memberikan pandangan positif ia dilihat akan memberikan kejayaan untuk gencatan senjata secepat mungkin," kata Xi kepada Orban, menurut CCTV.

"Xi Jinping menegaskan perkara itu adalah demi kepentingan semua pihak selain menghentikan peperangan dan mencari penyelesaian politik secepat mungkin," katanya.

"Fokus semasa adalah untuk mematuhi tiga prinsip antaranya tiada peningkatan perang dan tiada bahan bakar api oleh semua pihak. Ia bagi mengelakkan peperangan lebih dahsyat," tambahnya.

Selepas rundingan itu, Orban menulis di platform media sosial X bahawa China adalah "kuasa utama dalam mewujudkan keamanan" dalam perang Rusia-Ukraine.

"Inilah sebabnya saya datang berjumpa dengan Presiden Xi di Beijing, hanya dua bulan selepas lawatan rasminya ke Budapest," katanya.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI