MANILA, 8 Julai- Filipina dan Jepun menandatangani Perjanjian Akses Timbal Balik (RAA) pada Isnin yang akan membenarkan penempatan tentera di wilayah masing-masing sekali gus meningkatkan hubungan kedua-dua negara dalam menghadapi penguasaan China yang semakin meningkat.
Menteri Pertahanan Jepun Minoru Kihara dan Menteri Luar Yoko Kamikawa mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan mereka Gilberto Teodoro dan Enrique Manalo di Manila.
Tokyo dan Manila mula berunding berkenaan perjanjian itu pada November dan menyediakan rangka kerja undang-undang untuk kedua-dua negara bagi menghantar anggota pertahanan ke wilayah masing-masing untuk latihan dan operasi lain.
Teodoro dan Kamikawa menandatangani perjanjian itu dalam satu majlis. Ia akan berkuat kuasa sebaik sahaja disahkan oleh penggubal undang-undang kedua-dua negara.
Perjanjian itu adalah "satu lagi peristiwa penting dalam usaha bersama kami untuk memastikan perintah antarabangsa berasaskan peraturan, untuk memastikan keamanan dan kestabilan di Indo-Pasifik dan khususnya di rantau kami", kata Teodoro kepada pemberita.
Bagaimanapun pegawai China menuduh Amerika Syarikat cuba mencipta NATO versi Asia-Pasifik.
Penandatanganan RAA itu dibuat ketika China semakin memburuk-burukkan Taiwan selain isu di Laut China Selatan yang telah mencetuskan kebimbangan konflik berlarutan di Amerika Syarikat.
Terdapat konfrontasi yang semakin meningkat di Laut China Selatan antara kapal China dan Filipina ketika Beijing meningkatkan usaha untuk menolak tuntutannya ke hampir semua perairan strategik itu.
Tokyo dan Beijing juga bertelagah mengenai pulau-pulau yang dipertikaikan dikawal oleh Jepun, di Laut China Timur.
Hubungan Jepun dan Filipina semakin rapat disebabkan oleh perdagangan dan pelaburan serta menjadi rakan sekutu untuk menentang China.
Jepun ialah pembekal utama peralatan dan teknologi keselamatan di Filipina, termasuk kapal peronda dan sistem pengawasan.
Duta Tokyo ke Manila, Kazuya Endo, menyatakan dalam ucapan pada Khamis "perkembangan penting" dalam bekalan peralatan pertahanan Jepun ke Filipina.- AFP