BEIJING, 18 Oktober- Presiden China Xi Jinping akan menghadiri sidang kemuncak BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) ke-16 di Kazan, Rusia bermula 22 hingga 24 Oktober, kata Kementerian Luar China pada Jumaat.
Semasa Xi Jinping, beliau dijadualkan akan menghadiri mesyuarat pemimpin, dialog pemimpin pakar dan aktiviti lain.
Selain itu beliau juga akan mengadakan pertukaran pandangan dengan pemimpin-pemimpin mengenai situasi antarabangsa semasa, kata jurucakap kementeerian Mao Ning dalam sidang akhbar biasa.
China bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk menggalakkan kerjasama BRICS, untuk memulakan era baharu dan bersama-sama mempromosikan keamanan serta pembangunan di dunia, kata Mao.- REUTERS