fb fb fb fb fb

Sinwar sempat baling kayu ke arah dron sebelum maut

Pemimpin Hamas Yahya Sinwar menerusi tangkap layar video tentera Israel/ REUTERS

BAITULMAQDIS, 17 Oktober- Pemimpin Hamas Yahya Sinwar sempat membaling kayu ke arah dron Israel sebelum maut akibat serangan berkenaan.

Sinwar ditemukan maut terbaring bawah runtuhan sebuah bangunan di selatan Gaza menerusi video rakaman Israel pada Khamis.

Pada Khamis, tentera Israel mengeluarkan rakaman dari dron mini menunjukkan Sinwar, cedera parah di tangan, duduk di atas kerusi, mukanya ditutup dengan kain.

Tentera Israel mengesan pergerakan di kawasan Tal El Sultan di selatan Gaza pada Rabu.

Berikutan itu kereta kebal dan peluru berpandu Israel turut dilepaskan ke arah bangunan yang disyaki keberadaan Sinwar.

Menerusi rakaman itu, Sinwar sempat membaling kayu ke arah dron yang menyerangnya.

Bagaimanapun Hamas tidak memberikan komen segera berkenaan insiden itu.

Sinwar sebelum itu bertindak menghentikan penggunaan telefon dan peralatan komunikasi lain untuk mengelakkan daripada dikesan tentera perisikan Israel.

Sinwar bersembunyi di salah satu rangkaian terowong sejak dua dekad lalu, sebelum ditemui tentera Israel dan dibunuh.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI