SANTIAGO, 28 April - Presiden Chile, Gabriel Boric mengisytiharkan tiga hari berkabung buat Negara Amerika Selatan itu susulan kematian tiga anggota polisnya.
Boric dalam satu kenyataan menyifatkan pembunuhan terhadap tiga anggota Polis yang malang itu sebagai serangan oleh si pengecut.
Serangan tersebut berlaku di bandar Canete, Wilayah Arauco selepas pihak polis bertindak terhadap tiga panggilan palsu, kata pihak berkuasa.
Ketiga-tiga pegawai Polis berkenaan telah diserang di dalam kenderaan dengan senapang kaliber sebelum dibakar oleh para penyerang.
Wilayah Arauco sebelum ini telah lama berlakunya konflik di antara kerajaan dan penduduk pribumi, Mapuche.
"Pagi ini, kami menerima berita sedih berkaitan serangan di wilayah Arauco yang menyaksikan tiga anggota Polis terbunuh.
"Pihak kerajaan kini telah mengambil tindakan pantas terhadap serangan pengecut", kata Boric menerusi sosial media X sebelum berlepas ke lokasi kejadian.-REUTERS