fb fb fb fb fb

Prayuth Chan-o-cha bertanding semula

THAILAND, 26 Mac- Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha dicalonkan semula secara rasmi untuk bertanding sebagai calon utama partinya, semalam.

Beliau dicalonkan bagi jawatan pemimpin negara itu bagi pilihan raya akan datang pada 14 Mei.


(Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha / Foto Reuters)

Prayuth, 69 tahun berkemungkinan akan menentang Parti Pheu dipimpin Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan dan anak saudara kepada dua bekas perdana menteri.

Beliau menyandang jawatan itu sejak 2014 apabila pihak tentera menggulingkan kerajaan.

Menerusi tinjaun pendapat yang dijalankan, veteran tentera itu ketinggalan dibandingkan dengan pesaingnya namun berharap dapat memenangi semula sokongan menerusi janji menjaga rakyat, memastikan kestabilan negara serta melindungi keluarga diraja. - REUTERS

Media Baharu