fb fb fb fb fb

Prawit Wongsuwan calon perdana menteri parti pemerintah

(Foto hiasan/Foto fail AFP)

BANGKOK, 27 Januari- Parti pemerintah Thailand pada Jumaat sebulat suara menamakan pemimpinnya, Prawit Wongsuwan, sebagai calon Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemilihan bekas ketua angkatan tentera berusia 77 tahun itu diumumkan Parti Palang Pracharath (PPRP), meskipun tarikh pengundian belum ditetapkan.

"Kami sebulat suara mencadangkan Prawit Wongsuwan menjadi calon Perdana Menteri tunggal parti kami," kata Timbalan Ketua PPRP, Paibul Nititawan kepada pemberita.

Prawit yang merupakan Timbalan Perdana Menteri akan mencabar calon Parti Bangsa Thai Bersatu, Prayut Chan-o-Cha yang kini menyandang jawatan Perdana Menteri.

Prayut dan Prawit merupakan sekutu rapat semasa pemerintahan junta tentera.-AFP

(Prawit Wongsuwan/Foto fail AFP)

Media Baharu