fb fb fb fb fb

Populasi China menyusut berikutan ekonomi lemah, COVID-19

Penduduk bersiar-siar di wilayah Guangdong/REUTERS

HONG KONG, 9 Januari- Penduduk China berkemungkinan tidak menunjukkan pertambahan untuk tahun kedua berturut-turut pada 2023 disebabkan lonjakan kematian akibat COVID-19 selepas negara itu menamatkan perintah berkurung. Berikutan perkara itu ia juga menyebabkan keyakinan lemah terhadap prospek ekonomi sekali gus menyebabkan kadar kelahiran terkesan.

Data populasi pada 17 Januari menunjukkan bilangan kelahiran baru pada 2023 berada bawah 9.56 juta (2022) kerana isu lama seperti ketidaksamaan jantina dan kos penjagaan anak yang masih tinggi. Perkara itu telah menyumbang kepada pengurangan kadar kelahiran China sejak 2016.

Pengangguran belia turut mencecah paras tertinggi, gaji untuk ramai penjawat awam dan pekerja kolar putih juga terkesan. Selain itu ia juga mengalami krisis dalam sektor hartanah.

Penyusutan peluang pekerjaan turut berlaku, manakala kos penjagaan warga emas dan faedah persaraan memberi lebih tekanan kepada kerajaan tempatan yang perlu berhutang.

"Pemulihan ekonomi lebih perlahan daripada jangkaan dan ketidaktentuan China memainkan peranan yang lebih besar," kata Penyelidik Kanan di Pusat Kajian Dasar di Universiti Victoria di Melbourne Xiujian Peng.

China melaporkan 121,889 jumlah kematian akibat COVID-19 kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut mengkritik Beijing kerana kurang melaporkan kematian, yang dinafikan berulang kali oleh pegawai.

Data yang diberikan turut memberi tekanan terhadap doktor kerana tidak mengklasifikasikan kematian akibat COVID-19, ia mencetuskan pandangan burutk terhadap ketelusan data China. Julai lalu, wilayah Zhejiang di China, yang menempatkan 5% penduduk negara itu, melaporkan 70% pembakaran mayat pada Januari-Mac tahun lalu, namun data itu dinafikan.

Satu kajian oleh Pusat Kanser Fred Hutchinson yang berpangkalan di Seattle menganggarkan 1.87 juta kematian dalam kalangan penduduk China yang berumur lebih daripada 30 tahun antara Disember 2022 dan Januari 2023.

Demografer Universiti Michigan Zhou Yun berkata, "pelaporan data penduduk di China adalah isu demografi kerana ia adalah peristiwa politik."

Bilangan individu berumur lebih daripada 60 tahun dijangka meningkat daripada sekitar 280 juta kepada lebih 400 juta menjelang 2035. Angka itu melebihi penduduk Amerika Syarikat.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI