SEOUL, 9 Januari- Parlimen Korea Selatan meluluskan rang undang-undang untuk menamatkan isu berkenaan makan dan menjual daging anjing.
Perkara itu merupakan satu langkah yang akan mengharamkan amalan kontroversi yang telah diamalkan sejak berabad-abad. Tindakan tersebut juga bagi meningkatkan sokongan untuk kebajikan haiwan.
Daging anjing dipercayai boleh meningkatkan stamina terutama pada musim panas. Namun amalan ia jarang berlaku kerana dging anjing lebih disukai orang yang lebih tua.
Ramai orang Korea menganggap anjing sebagai haiwan peliharaan keluarga. Aktivis berkata kebanyakan anjing yang ingin dimakan akan dikenakan renjatan elektrik atau digantung untuk disembelih.
Sokongan untuk larangan itu mula berkembang bawah Presiden Yoon Suk Yeol, seorang pencinta haiwan. Isteri Presiden Korea Selatan Kim Keon Hee, juga seorang pengkritik yang lantang terhadap pengambilan daging anjing.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan 208 undi besar dengan dua berkecuali dalam Parlimen. Ianya diluluskan pada Isnin.
Perundangan itu akan berkuat kuasa selepas tempoh penangguhan selama tiga tahun. Pelanggaran undang-undang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda 30 juta won ($22,800).
"Rang undang-undang itu akan menamatkan pembiakan dan pembunuhan anjing untuk kegunaan manusia," kata Borami Seo dari Humane Society International Korea, sebuah kumpulan perlindungan haiwan. "Kami telah mencapai titik penting untuk menyelamatkan berjuta-juta anjing daripada industri kejam ini."
Dalam kaji selidik yang dikeluarkan pada Isnin oleh Kesedaran, Penyelidikan dan Pendidikan Kebajikan Haiwan, lebih 94% responden mengatakan mereka tidak makan daging anjing sejak setahun lalu dan kira-kira 93% berkata mereka tidak akan melakukannya perkara sedemikian.
Usaha sebelum ini untuk melarang berkenaan daging anjing gagal dan menghadapi bantahan industri. Jadi ang undang-undang itu bertujuan untuk memberikan pampasan supaya perniagaan boleh menukar perdagangan daging haiwan tersebut.
Pada November, sekumpulan kira-kira 200 penternak anjing untuk dimakan mengadakan perhimpunan berhampiran pejabat presiden, menuntut rang undang-undang itu dibatalkan.
Kementerian pertanian menganggarkan kira-kira 1,100 ladang menternak 570,000 anjing untuk dihidangkan di sekitar 1,600 restoran sehingga April 2022.
Persatuan Anjing Boleh Dimakan Korea, gabungan penternak dan penjual, berkata larangan itu menjejaskan 3,500 ladang yang menternak 1.5 juta anjing serta 3,000 restoran.- REUTERS