VATICAN CITY, 21 Disember- Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis, mengecam tindakan pengeboman Israel di Gaza semalam, sehingga mengorbankan tujuh kanak-kanak.
Beliau menyifatkan pengeboman terhadap kanak-kanak di Gaza sebagai satu kekejaman.
"Semalam, kanak-kanak dibom. Ini adalah kekejaman, ini bukan peperangan. Saya ingin mengatakannya kerana ia menyentuh hati saya," katanya.
Terdahulu, agensi penyelamat wilayah melaporkan bahawa serangan udara Israel telah mengorbankan tujuh kanak-kanak daripada satu keluarga di Gaza. - AFP