fb fb fb fb fb

Polis Singapura tahan 10 warga asing terlibat pengubahan wang haram

(FOTO REUTERS)

SINGAPURA, 16 Ogos – Polis Singapura menahan 10 orang warga asing atas dakwaan pengubahan wang haram dan kesalahan pemalsuan melibatkan kira-kira 1 bilion dolar Singapura dalam kes melibatkan wang tunai, hartanah, kereta mewah dan aset lain.

Serbuan dilakukan pihak polis pada Selasa di seluruh bandar untuk menagkap suspek, menurut kenyataan polis pada Rabu.

(FOTO REUTERS)

Perintah larangan pelupusan telah dikeluarkan terhadap 94 hartanah dan 50 kenderaan dengan jumlah anggaran nilai lebih daripada 815 juta dolar Singapura.

Rampasan lain termasuk akaun bank, wang tunai, beg mewah, barang kemas, jam tangan, peranti elektronik dan beberapa dokumen dengan maklumat tentang aset maya.

"Warga asing itu berumur antara 31 dan 44 tahun terdiri daripada warganegara Cina, Turki, Cyprus, Kemboja dan Ni-Vanuatu," kata polis Singapura.

Bank Pusat Singapura dalam satu kenyataan berasingan berkata mereka telah "berhubungan dengan Institusi Kewangan (FI) di mana dana yang berpotensi tercemar telah dikenal pasti. Penglibatan penyeliaan dengan FI ini sedang dalam siasatan", kata Bank Pusat itu tanpa menamakan FI tersebut.-REUTERS

Media Baharu