fb fb fb fb fb

Ular spesis baharu ditemui dinamakan sempena pelakon 'Harrison Ford'

(FOTO AFP)

LIMA, 17 Ogos- Para saintis yang di Peru telah menamakan spesies ular baharu sempena nama pelakon terkenal Hollywood, Harrison Ford sebagai penghormatan kepada pelakon filem "Indiana Jones" itu untuk kerja pemuliharaan yang lakukannya..

Reptilia berukuran 40 Sentimeter (cm)  itu pertama kali ditemui pada Mei 2022 di Pergunungan hutan Taman Negara Otishi, kata Universiti Kebangsaan San Marcos pada Rabu.

Ular unik itu yang berwarna coklat kekuningan, dengan bintik hitam di perut diberi nama saintifik Tachymenoides harrisonfordi.

Ular itu pertama kali ditemui oleh pasukan yang diketuai oleh Edgar Lehr, seorang ahli biologi AS-Jerman.

"Ia dinamakan sempena Ford kerana dia aktif dalam isu alam sekitar", kata Lehr kepada AFP.

"Saya mendapat tahu bahawa Harrison Ford bersetuju untuk namanya digunakan melalui perundingan yang dibuat oleh Conservation International", tambahnya, merujuk kepada sebuah NGO.

Katanya, ular itu ditemui di kawasan yang hanya boleh diakses menggunakan helikopter.

"Kami mengambil masa tujuh hari untuk mencarinya," kata Lehr.

Ular itu tidak berbahaya kepada manusia tetapi ia pandai memburu kodok dan biawak, tambahnya.

Salamandra, Jurnal Herpetologi Jerman, menerbitkan kajian pada Selasa mengenai penemuan ular itu.-AFP


(Pelakon Indiana Jones, Harisson Ford/FOTO AFP)

Media Baharu