fb fb fb fb fb

Mahkamah rayuan AS sokong larangan penggunaan pil pengguguran

(FOTO REUTERS)

WASHINGTON, 17 Ogos - Akses kepada pil pengguguran 'mifepristone' perlu dihadkan, keputusan mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, memerintahkan pengharaman preskripsi teleperubatan dan penghantaran ubat melalui pos, walaupun keputusan itu tidak akan berkuat kuasa serta-merta.

Mahkamah Rayuan AS ke-5 yang berpangkalan di New Orleans telah menghentikan keputusan bahawa dadah itu mesti ditarik balik dari pasaran sama sekali, seperti yang telah dilakukan oleh mahkamah rendah.

Jurucakap Jabatan Kehakiman AS berkata pentadbiran Biden akan merayu keputusan tersebut kepada Mahkamah Agung AS.

Presiden Joe Biden, menyokong hak pengguguran dan tahun lepas mengarahkan agensi kesihatan persekutuan untuk memperluaskan akses kepada mifepristone.

Keputusan itu tidak akan berkuat kuasa sehingga Mahkamah Agung menyemaknya dalam penggal akan datang dari Oktober hingga Jun.

(FOTO REUTERS)

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sedang menyemak perintah pada bulan April oleh Hakim Mahkamah Daerah AS, Matthew Kacsmaryk di Amarillo, Texas.

Walaupun ia adalah ketetapan awal yang terpakai semasa kes itu belum selesai, Kacsmaryk berkata dia akhirnya berkemungkinan akan menjadikannya kekal.

Keputusan itu berpunca daripada tuntutan mahkamah yang dibawa oleh empat kumpulan antipengguguran yang diketuai oleh Alliance for Hippocratic Medicine yang ditubuhkan baru-baru ini dan empat doktor antiaborsi yang mengemukakan sama pada November.

Mereka berpendapat FDA menggunakan proses yang tidak betul apabila ia meluluskan mifepristone pada tahun 2000 dan tidak mempertimbangkan secukupnya keselamatan dadah apabila digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur.

"Mahkamah Rayuan dengan sewajarnya menghendaki FDA menjalankan tugasnya dan memulihkan perlindungan penting untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, termasuk menamatkan pengguguran pesanan pos secara haram," kata Erin Hawley dari Alliance Defending Freedom, seorang peguam untuk kumpulan antipengguguran yang mencabar kelulusan pil itu menerusi kenyataan.

Pandangan itu disokong oleh Susan B. Anthony dari Pro-Life America, yang berkata dalam satu kenyataan FDA telah "sembrono."

Alexis McGill Johnson, presiden kumpulan hak pengguguran Planned Parenthood Federation of America pula berkata keputusan itu "menjelaskan bahawa kelulusan mifepristone masih berisiko, begitu juga kebebasan FDA."

GenBioPro Inc yang menjual versi generik mifepristone,menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Evan Masingill berkata "kami tetap bimbang tentang pelampau dan kepentingan khusus yang menggunakan mahkamah dalam usaha untuk melemahkan sains dan akses kepada ubat berasaskan bukti, serta percubaan.untuk melemahkan pihak berkuasa kawal selia Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS."-REUTERS

Media Baharu