fb fb fb fb fb

Bot karam di Cape Verde, lebih 60 migran dikhuatiri lemas

(Foto Hiasan)

PRAIA, 17 Ogos- Lebih 60 migran dari Senegal dikhuatiri lemas, selepas bot yang dinaiki karam di luar kepulauan Cape Verde, barat Afrika.

Jurucakap Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM), Safa Msehli berkata perkhidmatan kecemasan menemukan tujuh mayat, setakat ini.

"Seramai 38 orang terselamat, termasuk 4 kanak-kanak berusia 12 hingga 16 tahun," katanya kepada AFP pada Rabu.

Bot berkenaan dikesan oleh nelayan Sepanyol pada Isnin lalu di Lautan Atlantik, kira-kira 277 kilometer dari Pulau Sal.

Menurut Kementerian Luar Senegal, bot tersebut meninggalkan perkampungan nelayan di Fasse Boye pada 10 Julai dengan membawa 101 orang.-AFP

(Jurucakap IOM, Safa Msehli berkata perkhidmatan
kecemasan menemukan tujuh mayat, setakat ini/Foto Hiasan)

Media Baharu