fb fb fb fb fb

Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan

FOTO HIASAN

SINGAPURA, 12 Julai- Polis Singapura sedang menyiasat 528 suspek kerana disyaki terbabit dalam lebih 2,200 kes penipuan dan aktiviti peminjaman wang tanpa lesen berikutan operasi penguatkuasaan dari 1 Julai hingga 10 Julai, menurut kenyataan terkini polis.

Seramai 425 orang disiasat atas kesalahan penipuan dan pengubahan wang haram.

Polis berkata mangsa kerugian lebih 10 juta dolar Singapura dalam kes itu, lapor Xinhua.

Seramai 103 lagi suspek disiasat atas penipuan pinjaman dan aktiviti 'Ah Long'.

Menurut polis, sebanyak 41 individu telah ditahan. Siasatan terhadap semua suspek sedang dijalankan.- BERNAMA-XINHUA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE