fb fb fb fb fb

Bekas PM Pakistan, Imran Khan bimbang ditahan

(FOTO AFP)

LAHORE, 18 Mac - Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan akan dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu ketika polis menyerbu rumahnya dan selepas beliau menyatakan rasa bimbang  ditahan ketika konfrontasi dengan kerajaan yang telah menyebabkan pertempuran sengit dengan penyokongnya.

Rakaman dari parti Tehreek-E-Insaf (PTI) yang dipimpin Imran menunjukkan polis memukul dan menahan penyokongnya di Lahore.

Tindakan itu menyusul selepas beberapa hari konfrontasi dan pertempuran sengit antara polis dan penyokongnya di mana polis cuba menahan beliau pada Selasa lalu.

Imran akan hadir ke mahkamah selepas menyatakan bimbang akan ditahan.

(Penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berkumpul di sekeliling keretanya
ketika beliau meninggalkan kediamannya di Lahore/AFP)

"Saya ingin memberitahu anda semua bahawa mereka telah membuat rancangan untuk menangkap saya. Ini menandakan niat jahat mereka. Saya bersedia untuk pergi ke mahkamah Islamabad. Tetapi cara mereka menyerang rumah saya, niat di sebaliknya bukan untuk mengemukakan saya ke mahkamah tetapi untuk memasukkan saya ke dalam penjara,” kata Imran dalam mesej video yang dikeluarkan oleh parti PTI beliau.

Beliau sedang berdepan pertuduhan di mahkamah kerana didakwa menjual secara haram hadiah negara yang diberikan kepadanya semasa memegang jawatan Perdana Menteri.

Imran berkata beliau mengikut prosedur undang-undang dalam memperolehi hadiah tersebut. -REUTERS

Media Baharu