fb fb fb fb fb

Polis Sepanyol keluarkan video kejar mengejar dengan pengedar dadah

(Tangkap layar video polis Sepanyol mengejar pengedar dadah / REUTERS)

MALLORCA, 25 April- Polis Sepanyol mengeluarkan video menunjukkan rakaman dramatik aksi kejar mengejar dengan pengedar dadah yang disyaki cuba mengelak ditangkap pihak berkuasa.

Dalam rakaman dari helikopter polis itu, suspek pengedar dadah dilihat dikejar dengan laju oleh bot polis, sebelum mereka melarikan diri meninggalkan bot itu di tepi pantai.

Dalam kenyataan akhbar, polis berkata bot itu datang dari Afrika Utara pada hari Sabtu (22 April) sebelum ia berhenti di Cala Gran di tenggara pulau itu.

Polis kemudiannya berjaya menahan tiga suspek dan merampas 1,200kg dadah jenis hashish.- REUTERS


(Tangkap layar video polis Sepanyol memaparkan tiga
pengedar dadah melarikan diri di pantai Mallorca / REUTERS)

Media Baharu