(FOTO AFP)
PARIS, 14 Ogos- Polis melancarkan siasatan berhubung ancaman bom palsu di Menara Eiffel hujung minggu lalu yang memaksa monumen itu dikosongkan dua kali pada hari yang sama, kata pendakwa raya pada Isnin.
Menara mercu tanda Paris itu dikosongkan daripada pengunjung setelah menjadi sasaran ancaman bom palsu pada hari Sabtu.
Ancaman dibuat secara dalam talian melalui hantaran di laman seb permainan jeuxvideo.com dan di moncommissariat.fr, platform hubungan dalam talian bagi polis dan orang awam.
"Siasatan merangkumi kesalahan yang dikategorikan sebagai ancaman nyawa dan dakwaan palsu bahawa insiden letupan berbahaya telah berlaku atau akan berlaku," menurut pejabat pendakwa raya.
Pertuduhan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun bagi mereka yang disabitkan kesalahan.
Menara Eiffel, magnet pelancong utama ibu kota Perancis, menarik 5.8 juta pengunjung tahun lalu. -AFP
(Polis Perancis siasat ancaman bom palsu di Menara Eiffel/AFP)