fb fb fb fb fb

Senator Kakar, perdana menteri sementara Pakistan

(Kakar mengangkat sumpah di hadapapan Presiden Arif Alvi pada Hari Kemerdekaan
Pakistan dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung di TV/AFP)

ISLAMABAD, 14 Ogos- Senator yang kurang dikenali, Anwaar-ul-Haq Kakar hari ini mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sementara Pakistan untuk memantu pilihan raya yang dijadualkan dalam beberapa bulan.

Kakar, 52, mengambil alih sebuah negara yang dilanda ketidakstabilan politik dan ekonomi selama berbulan-bulan, dengan perdana menteri yang disingkir Imran Khan - ahli politik paling popular di Pakistan, dipenjarakan dan hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

Kakar mengangkat sumpah di hadapapan Presiden Arif Alvi pada Hari Kemerdekaan Pakistan dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung di TV, setelah melepaskan statusnya sebagai senator semalam.

Tugas pertama beliau ialah memilih kabinet untuk mentadbir negara ketika ia menuju tempoh pilihan raya yang boleh berlangsung selama berbulan-bulan.

Parlimen secara rasmi dibubarkan minggu lalu dan mengikut perlembagaan, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 90 hari.

Namun berdasarkan data daripada bancian terbaharu yang diterbitkan awal bulan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya memerlukan masa untuk melengkapkan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"Saya melepaskan tanggungjawab berat selepas 16 bulan, Kami datang mengikut perlembagaan dan keluar mengikut arahan perlembagaan," kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif dalam ucapan perpisahan semalam.

"Saya yakin dengan keupayaan perdana menteri sementara untuk menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil," tambahnya.

Pakistan berada dalam kegawatan politik sejak Imran Khan dipecat sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya pada April 2022, seterusnya dipenjarakan selama tiga tahun kerana rasuah pada hujung minggu lalu. -AFP

(Anwaar-ul-Haq Kakar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sementara oleh Presiden
Arif Alvi pada hari kemerdekaan Pakistan/AFP)

Media Baharu