fb fb fb fb fb

Polis New Zealand giat kesan anak penjenayah ditembak mati

Rakaman CCTV menunjukkan Tom Philips bersama salah seorang anaknya ketika memecah masuk sebuah premis perniagaan/Foto AFP

WAITOMO, 8 September - Polis New Zealand pergiat usaha mengesan dua anak kepada seorang lelaki yang ditembak mati kerana merompak sebuah kedai bekalan ladang.

Lelaki berkenaan menjadi buruan pihak berkuasa sejak 2021 dan tular di seluruh negara kerana keupayaannya mengelak daripada ditahan pihak berkuasa selama melarikan diri bersama tiga anaknya.

Tom Philips, ditembak mati kerana mencederakan beberapa anggota polis menggunakan senapang berkuasa tinggi ketika cuba ditahan.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis New Zealand, Jill Roger berkata, seorang anggota polis terpaksa menjalani pembedahan kerana ditembak beberapa kali oleh Philips.

Salah seorang anak Philips telah ditemukan dan pihak berkuasa sedang mencari dua lagi anaknya.

Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut berusia 9,10 dan 12 tahun.

ASHRIQ FAHMY AHMAD