fb fb fb fb fb

Polis Australia jumpa mayat kanak-kanak diserang buaya

FOTO HIASAN

SYDNEY, 4 Julai- Polis Australia percaya mereka telah menemukan mayat seorang gadis berusia 12 tahun yang dilaporkan diserang buaya ketika berenang berhampiran sebuah penempatan terpencil pada Khamis.

Kanak-kanak itu hilang pada petang Selasa selepas berenang di Mango Creek berhampiran Palumpa, sebuah penempatan kecil yang sebahagian besarnya didiami penduduk asli kira-kira tujuh jam memandu ke barat daya ibu kota wilayah Darwin.

"Laporan awal menyatakan kanak-kanak itu telah diserang oleh seekor buaya," kata Polis Wilayah Utara dalam satu kenyataan.

Selepas operasi SAR di anak sungai itu, polis berkata mereka telah menemui mayat "dipercayai sebagai kanak-kanak berusia 12 tahun yang hilang".

"Ini adalah berita yang sangat menyedihkan buat keluarga, masyarakat dan semua orang yang terlibat dalam pencarian," kata sarjan kanan Erica Gibson.

Serangan buaya jarang berlaku tetapi tidak pernah dilaporkan di Wilayah Utara Australia yang jarang penduduknya.

Seekor buaya sepanjang 4.5 meter (15 kaki) ditembak dan dibunuh selepas megancam penduduk tempatan berhampiran Palumpa pada 2013.

Pada 2017, seorang lelaki berusia 54 tahun telah cedera akibat serangan buaya di kawasan yang sama.

Awal tahun ini, seekor buaya air masin ditembak, dimasak dan dimakan selepas mengancam komuniti Wilayah Utara yang berbeza.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE